Selasa, 14 Jun 2011

Tazkirah Ringkas mngenai Hasad Dengki dan Fitnah

Entry kali ini utk dikongsi bersama sama...Serba ringkas mengenai apakah HASAD ATAU DENGKI & FITNAH

Hasad atau Dengki

Adalah haram kerana dengan bermula dengan hasad,akan membawa kepada melakukan perkara yang lebih jahat atau haram..seperti mem FITNAH,menzalimi hingga membunuh dan akan membawa kepada syirik..Dan seolah olah kita tidak redha dengan Allah AWT..Sedangkan Allah SWT yang memberi,menentu dan membuat seseorang itu dengan kecantikkan,kepandaian,berpengaruh kepada seseorang itu..Mengapa kita perlu DENGKI hingga mahu menjatuhkan seseorang yang tidak berdosa...dengan hanya mengikut hawa nafsu kita??

Fitnah

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Insyaallah sama samalah kita renungkan dan cuba berubah jika kita tergolong dr 2 perkara di atas...Sekadar renungan bersama..Yang baik datangnya dr Allah SWT..Yang buruk datangnya dari saya..Sama samalah kita mnginsafi akan perbuatan salah kita....Assalamualaikum....

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas post ini... Sgt bermanfaat ^^

    BalasPadam