Jumaat, 30 Disember 2011

Sorry ~ ~ ~

Sorry kngkawan suma..lama da aku x update blog nih..da bersarang labah labah da pun...huhuhu..aku pn da jarang beronline di internet...Insyaallah satu masa nnti aku update skit la yer....Semoga kita berjumpa lagi .....Salam ~ ~ ~

Khamis, 25 Ogos 2011

Menu Iftar ~ Air tanganku ~

Baru baru ni mama menjemput seorang kawan mama n family nya berbuka puasa di rumah bonda mama..Menu menu ni antara makanan yang mnjadi peveret mama..


Menu pertama:


Mi Kari



Mi Kari dan aksesorinya



Mi Kuning



Kuah Mi Kari



Aksesori


Aksesori




Menu kedua:


Nasi Minyak + Kurma Ayam + Ayam Goreng Berlada + Acar Mentah

oopppsss..gambo nasi lupa nak snap :p



Lauk pauk utk nasi minyak




Ayam Goreng Berlada





Kurma Ayam



Acar Mentah

Khamis, 18 Ogos 2011

Pelam oh mempelam at my mom house ~



Syiok nya sampai sampai kt Mesia tengok pohon pohon mempelam kat umah mak berbuah ngan banyaknya....Kebetulan lak mama tengah preggy skang nih,rasa terliur sangat tengok buah buah yg masam ni...Nak buat colek la apa lagi...Sebenarnya masa preggy ke Min n Wa dulu,mama xsuka makan colek..Mama baru blajor makan colek ni masa duk Arab lah..Hairan kan..Duk kt tempat org baru nk blajo makan bnda bnda macam ni...Sebenarnya jiran tetangga suka buat colek then makan ramai ramai..Sesiapa yg ada buah buah tambahan (yg sesuai makan ngan colek) leh le bawak skali n potong then makan sama sama....





Ni halaman tepi umah mak,mmm da lain skit da..Mak da touch up tanah tu ngan rumput karpet..Syomel la skit..Tengok tu,ada pokok buah mempelam gak kan...Rendah jer tapi da berbuah..Haiiii...rezeki rezeki..alhamdulillah....Ada jiran bg mak petua macam mana nk suh pokok berbuah ngan banyaknya..Rasanya mak apply petua ni lah..Kalo pokok kan kita guna baja?So jiran mak tu cakap,kalo nk buah banyak..jangan bagi baja buah..bagi baja untuk berbunga..So betul gak kan,kalo da start berbunga,keluarla buahnya pula :)


Mama pun da beli kuah rojak...Biasa bli yg Mak Bee..tp kali ni bli kt Tunas Manja brand Adabi...Sedap gak rasa dia...Next entry insyaallah mama snap gambo dia...Adusss masa tulis post ni pun da teringat kat rojak tu..hihihi...Kecur air liur teringat buah masam masam dicicah kuah rojak..alahaiiiiii :p Tapi apa bole buat,skang da kul 7.30am you..Da lepas waktu imsyak nyer..hihihi

Khamis, 11 Ogos 2011

Pusing pusing Bandar Jubail cari makanan utk berbuka ~


Menu utk berbuka puaser kt restaurant jubail:




Ayam masak sos tiram




Terung goreng celup tepung



Kari daging


Yang ni pulak,makanan makanan yg dijual di depan restaurant:



Bubur lambuk Arab
Yang ni kami tak tapau sebab mama lebih tertarik kepada bubur nasi ayam n telur rebus ..Gambonya yg kat bawah ni





Yang ni kami tapau..Bubur nasi ayam n telur rebus..3kali anak anak tambah,suka mama tengok diaorg berselera makan





Spaghetti goreng dan spring rolls
Yang ni kami tak tapau coz mama x terasa nak makan pun..




Air apa entah...Masa hala balik dari Mekah,jumpa air ni kat Taif.. (air ungu yang belah bawah)

Jumaat, 5 Ogos 2011

tapau utk berbuka ~


Smalam kami ronda ronda sekitar Jubail Balad...Mencari cari makanan Arab utk dibuat santapan berbuka..Lpas tu ke Panda Besar,mama nak membeli bahan bahan nak masak utk jualan Bazar Ramadhan..





Yang ni fettucini carbonara..Mmmm sedap sangat..Kena ngan selera mama,abah n kakak..Si adek jer xabes makan ni..Agaknya xkna ngan selera dia..



Restaurant Qila
Kat sini lah kami beli Fettucini Carbonara ni..Harga sebekas dalam sr22..




Yang nih sambosa daging n satu lg tu kueh arab..xtau la nama apa..rupa cam cik mek molek kan?tp montel lagi la dr cik mek molek..mmm tapi dalam dia bukan air gula tau..dia cam ader daging dalam tu..xpasti la daging aper..warna putih..daging ayam ker erk?hihi xpasti la..hihihi...tp mama prefer sambosa compare to kueh arab yg nih






Kt deret ni lah abah beli sambosa n kueh arab ni..Kalau kt Jubail,kueh2 camnih dijual secara timbang..Abah bli samosa tu 1/2 kilo..Sekilo harganya dalam sr21-sr26 (lbih kurang camtula..mama lupa da harga dia..abah da bgtau)..lain kan compare to Mesia..Kat Mesia kita bli kueh harga kira cam 4 singgit,3 singgit..hihihi...mama xdapat nk snap gambo gerainya..jauh lak abah parking..mama n anak anak just duduk dalam kete jer..Lagipun nk cepat,nak ke Panda pulak...

Sabtu, 30 Julai 2011

Jom minum susu kambing ~




Fakta mengenai susu kambing:
Kajian telah mendapati susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi nutrien seperti berikut:

  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potassium





Lagi Fakta mengenai susu kambing...Kelebihan dan manfaatnya minum susu kambing:

  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir

Jumaat, 29 Julai 2011

Ari ni terasa nak masak Nasi Khabsa





Ari ni terasa nak masak Nasi Khabsa iaitu nasi Arab.Mama pun baru baru ni dapat pluang blajar camner nak masak nasi Khabsa ni..So apply la apa yg dibelajar tu.Yang sebenarnya baru baru ni dapat peluang gi umah Mak Arab kat South Sector..Mak Arab ni namanya Puan Khairiya...n Puan Khairiya ni kawan kepada kak Farhana,rakan mama di Jubail..Sebenarnya mama pun lama da kenal ngan Kak Farhana sebabnya Kak Farhana ni sebenarnya jiran satu taman ngan mak kat Kuantan...Apa apa pun,terima kasih kepada Kak Farhana mewawarkan kelas ini kepada kami (masa tu kami berjumpa Kak Farhana kat Sport Center,Huwaylatt)..So Kak Farhana info yg ada kelas memasak akan diadakan Khaled st..Tapi tak lama pada tu,ada problem utk mndapatkan ruang blajar memasak kt situ..Mama pun xbrapa clear sbnarnya sebab apa..hihi..Tapi xkisahlah.klas tu Puan Khairiya teruskan di rumahnya pula..


So mama x melepaskan la pluang yg ada ni..Bersyukur sangat dapat peluang EMAS macam ni....Kelas pun diberi secara PERCUMA,xda bayaran apa apa pun...Tambahan lak mama pun da nak alik Mesia tak lama lagi...Dapat juga pluang blajar masakan Arab dengan orang Arab...Mama pun join klas ni bersama sama rakan yg lain..Kelas yg mama attend ni dibuat pada hari Isnin yg lalu...Kelas dibahagi kepada dua..Yg datang dr RC,diaorg blajar masak hari Ahad..Manakala rakan2 yg datang dr Jubail,kelas masak dibuat pada hari Isnin...So Khabsa ni salah satu dr menu yg Puan Khairiya ajar..Ada 5 menu sebenarnya yg di ajar iaitu Harees,Dis' Qiyya,Vege Soup,Sambosa dan Khabsa...


Terlupa mama nak tnya Puan Khairiya yg nasi ni ada sos tak..Bukan apa,kalo mama bli nasi Khabsa ni kat restaurant sini,biasanya ada dia bagi sekali sos merah....huhu..Takperlah..mama nak usulkan kat kngkawan la yg attend klas ni..Kot diaorg next time bole tnya tak kat Puan Khairiya sos nya nak buat mcm mana..Tadi mama google tenet....Sosnya dia buat cam ni:Kisarkan tomato,cili besar hijau,batang ketumbar,gula,garam dan perahan lemon...Emmm...leh ler mama cuba buat erk..Lemon pun ada ni,hihi..baru ni petik buah lemon kat umah Puan Khairiya....Baik n murah hati sungguh Puan Khairiya ni....

Khamis, 28 Julai 2011

Stok ikan masin utk bulan puasa ~



Rasanya cukup dah stok mama ni utk bulan puasa nih...Ni stok utk 2weeks mama n family berpuasa di Jubail nih..So yg ni da lebih dari mncukupi kan?Biasanya mama bli stok ikan kering/ikan masin kat Khairat Farm..This time,mama bli kat Lulu...Layan gambo jerla yer...zasssss.....




Yang ni dry mackarel




Yang atas ni dry shark..Blum cuba lagi..Kiranya first time la nak cuba bulan puasa nih..Kalo isi ikan shark/jerung yg fresh..mama tak pnah makan tapi kata org,isinya pahit skit...tak tau la kan camner lak rasa yg kering nih..harap harap ok la yerk..





Yang ni pun dry shark




Yang ni ikan bilis..tapi yg dry n salted..Blum pnah cuba tu yg kali ni nak cuba lak...

Rabu, 27 Julai 2011

Sosej Roll Frozen ~


Maafla..entri kali ni mama juz bg gambar..xda keterangan lanjut tentang foods yg mama post ni..mama kelesuan ler skang nih..huhu...kawan2 layan gambo jerlah yer..zasss....




Da siap goreng





Buat banyak banyak..

Sabtu, 23 Julai 2011

Felt again ~


New Idea of mine!




Passport Holder





Detail nya adalah sekuntum bunga pink..Bunga jenis apa?hihi..mama pun xtau..mama rasa syomel bunga cam nih..and Pink color lak tu..hihi :D




Khamis, 14 Julai 2011

Kongsi Resipi

My Chicken Chop





Bahan bahan:

(Untuk ayam)

1. Ayam bahagian peha n betis (terserah berapa ketul nk makan)
2. Bread crumbs
3. 1-2 Kiub ayam
4. Sedikit tepung gandum
5. 2-3 biji telur
6. Sedikit lada sulah


(Untuk brown sauce/gravi)

1. 5 sudu demi glace (kalo ayam dlm 4ketul)
2. 1/2 tin mushroom button
3. sehelai daun basil
4. 2 sudu besar planta
5. Sedikit air (kepekatan kuah adalah mngikut banyak mana air yg kita letak)


(Untuk coleslaw)

1. 1/4 kobis dari sebiji besar
2. 1-2 batang carrot
3. Sebiji bawang besar (saiz sederhana)
4. Sedikit Mayonaise


Cara cara nya:

(Untuk ayam)

Buangkan tulang betis dan tulang peha ayam,kluarkan tulang tersebut menggunakan pisau kecil..Kmudian ketuk seluruh ayam menggunakan hammer (ada hammer utk masakan)..Lupa lak nama sbnar dia :p ..hihi..Kmudian lumur ayam rata ngan kiub ayam..Tabur lada sulah..Golekkan di atas tepung gandum..Kmudian celup dalam telur...Selepas itu tabur bread crumbs rata rata..Ketepikan dan continue ayam yg lain..Kmudian masukkan minyak ke dalam kuali..Goreng ayam hingga kekuningan..


(Untuk brown sauce/gravi)

Ambil 2 sudu planta,masukkan ke dalam kuali (api perlahan) and biarkan planta cair...Masukkan button mushroom (yg da hiris nipis2)..Masukkan daun basil..Tumis hingga naik bau..Kmudian angkat and ketepikan..Masukkan 5 sudu demi glace..Masukkan air dan kacau hingga sebati n tiada ketulan serbuk demi glace tersebut..Kmudian masukkan button mushroom tadi..


(Untuk coleslaw)

Potong halus kobis/sagat kobis menggunakan penyagat...Begitu juga dengan carrot (sudah dibuang kulit)...Bawang besar dibelah 4 dan dihiris halus halus..Setelah siap,ambil mayonaise..Sesuaikan mayonaise mngikut kuantiti sayur tadi...(Jangan terlalu kering)


SELAMAT MENCUBA!



Sabtu, 9 Julai 2011

Bekal abah kije malam ~

Dua ari abah kije malam,mama cam biasalah sediakan bekal utk abh..Mama masak simple simple jer





Yang ni utk arini,mi sup ayam beserta lada kicap..Mi ni kiriman dari mak..Memang pesan kat mak suh belikan mi batang..Kat Jubail nih kalo mi kuning,kna oder ngan rakan melayu yg duk di Jubail nih..Sekilo harganya sr10..Dan ada juga sekilo sr12..Tapi tu arr nak gi amik tu payah ler skit..hihi..Kalo sini women leh drive kn senang..Berdesup mama kuar n gi amik sndiri..hihihi





Yang ni nasi putih with masak tmpoyak ikan tenggiri,bendi goreng (bendi kt sini ketot2,xyah potong dah) and sambal budu..Perghhh lama tak makan budu..Rindu ler..Tapi ni guna lada yg xberapa pedas..Lada yg pedas da abes stok..hihi..Tengokla kalo esok kluar ke Khobar,mama nak ajak abah pi Lulu skjap,nak bli barang2 dapur skit..Kat Lulu pn macam macam jnis lada/cili ada..Lada panjang,pendek,cili burung dll...

Khamis, 7 Julai 2011

10 LIKES AND 10 DISLIKES

TEN LIKE

  1. Shopping
  2. Pink Color
  3. Chicken Chop
  4. My Husband's Hug
  5. Reality TV Shows
  6. Heartbreakers Movie
  7. Carrot Milk
  8. Jewels
  9. My Family
  10. Facial

TEN DISLIKE

  1. Iced Lemon Tea
  2. Green Color
  3. Snake
  4. Acne
  5. War Movies
  6. Liar
  7. Kueh Sagu
  8. Jeruk Maman
  9. Politics
  10. Blackout

Home Delivery kt Jubail ~


Hari ni mama sgt malas nk masak utk lunch..Entahla..xda mood..Kmudian terpikir yg kt ada restoren yg sedia service pnghantaran makanan ke rumah..So mama apa lagi,mntak le no tepon restaurant kat jiran atas..Sebelum ni pernah mama oder sekali home devilery nih tapi bukan mama yg call,jiran2 lain yg call..Ni kira 1st time la mama call n oder sendiri..hihi..Mula nak call tu bimbang tepon xda signal..Puas mama pusing2 dalam umah..Memang kuar tulisan 'Service Unvailable' kat tepon mama..Adeh adeh...Lpas tu mama cuba buka tingkap bilik n letak kluar anset mama tu..1st time xbrapa mnjadi..Mama pun cuba Off anset mama tu..Then mama On smula..Lpas tu mama tgk ada line utk call..Mama pun call...Fuhh naseb baek yg jawab tu org India..So kalo India,msti la bole speaking english ni..Kalo ler yg jawab tu Pak arb kn ker susah..Diaorg rata2 xpandai ckp BI..huhu..Masa mama call tu 12.15pm..Org restoren tu tu cakap 12.30pm foods akan sampai kt umh..






Ni tingkap umh mama,ia memandang ke arah luar jalan,so bole nmpk org yg lalu lalang..Mama duk intai kot tingkap ni coz takut2 anset xdak line lagi,so kalo org delevery mai..Leh la mama nampak vehicle dia...Mama pun tgk jam..Masa tu da kul 12.37pm...Tetiba ada call masuk..Mama dengar sore Pak Arb cakap..Dia speaking Arb la plk..hua hua hua..Tapi yg jelas mama dengar dia sebut "gate" bnyk kali..So pada pikiran mama,dia nk bgtau kluar ke depan gate umh supaya dia nampak..Mama masa tu da sarung siap abaya hitam n tudung,trus la mama kuar bawak duit n anset..





Dari jauh mama nampak da kete hitam nih tp dia xdatang dkat..Mama pun masuk smula gate carik tmpat teduh..Panas siot..sini cuaca siang ari da cecah 42 43 44 45 deg..berubah ubah..Lpas tu mama cuba call nombor yg sore Pak Arb td..Tapi engaged...Lpas tu mama kluar smula gate n tinjau tinjau lagi..Trus la kete hitam nih berderu sampai kt depan compound mama..Ni kira 1st time mama tgk vehicle utk home delivery nih..Selama ni yg jiran2 order makan ngan restoren,mama xpnah tgk pun..hihihi :p Kluar kluar kete mama tgk Pak Arb tapi yg kulit xbrapa cerah..Dia cakap arb lg ngan mama...Adeh adeh..bukan mama paham pun..Trus mama tunjuk duit n tnya "eighteen?eighteen?"..Mama ingat nasi Khabsa sr15 campur ngan air pepsi dua tin sr3..So total sr18..Tapi mama tengok Pak Arab ulur setin jer (mama oder dua tin sbnornya)..Lpas tu Pak Arb amik duit n kira2 suma..Dia pulang sr1 kat mama...Dia pun angguk angguk kpala..Mama pun cakap "tenkiu" jerlah..





Ni la Nasi Khabsa nya..Mama oder Nasi Khabsa satu then ayam separuh....Tak nampak lak ayam nyer kan?jap jap..




~





~




~





~




~





Ni dia nampak da ayam nya...hihi :p

Kalo hidangan mcm ni,ngam ngam cukup sepinggan sorang bagi kami 4 beranak..So siang ni abah xda..Mama da simpankan utk abah sepinggan...Nasi Khabsa kalo kuarga kami lah kan,nk tambah sedap kna makan ngan cili sos..barula selera skit..Tapi ayam da susut skit arr utk bahagian abah sebab adek nak makan ayam lbih lak..hihi...Malam kang abah balik,pandai pandai la mama goreng ayam utk tambahan..hihihi..Camner raser nasi kbahsa yg nih??Yang ni nampak color dia putih skit..Biasa mama makan yg bli kat lain,color nya kuning2 skit..Mmmm yg ni mama rasa xderlah sedap sgt,biasa jerlah..Mama da pnah rasa yg sdap..Tapi yerlah disebabkan malas nk masak makan jer la kan..Tambah lak mama pun bukan jnis milih sgt nk makan yg sedap2 sahaja..Mama xkisah sgt pasal tu janji tak terlebih masin n tak terlebih manis...Yg tu eeuwwwwww xleh nak masuk n kompem xabis...





Ni la harganya..Murah tak?Nasi Kbahsa with half chicken Sr15..Air tin Sr2..Service pnghantaran xda pun...Kalo kt Mesia sah ader charge devilery kn?Kat sini xda charge devilery sbab mnyak vehicle murah sgt kot...Kat invoice ni ada ditulis ada broasted (broasted tu cam aym goreng rangup....lbih kurang mcm tu la),lpas tu ada sandwich,pastries,appetizer,juices dll...So lpas2 ni bole la nk oder makanan lain lak kalo nak rasa..hihi :p

Rabu, 6 Julai 2011

Snggah umah kCkin n Pi Ladies Street Trip ~





06/07/2011 tarikh Kak Ckin Taufik balik berangkat balik ke tanah air..Dikesempatan itulah,mama n kak Nik memilih tarikh utk trip kami ke Ladies Street..Bole ler kami singgah ke umah Kak Ckin utk brsalam salaman n brgambo kenangan...Mujurla Munif yg driver kami..Kalo Shahnu,takut skit la nk request2 cam nih..hihi..Yerla mana taknya,Munif tunggu kami kt depan umah Kak Ckin tau..Adalah dalam 10-15minit gitu....




Kali ni mama gi Ladies trip ngan rakan rakan Jubail yg berbeza compound..Biasanya mama slalu gi ngan geng compound Jawharah kan?Mmm sajer jerlah join ngan rakan rakan lain lak..Mama pun brkawan ngan smua n nak jugak der kenang kenangan ngan rakan rakan lain..Tambahan lak mama ni dtg Arb Visit Visa jer..Jadi duk Arb ni kompem x lama mana kan...Dikesempatan inilah mncarik kawan2 baru n berkenal kenalan :)




Lawat kedai kedai abaya wajib la yer kalo gi Ladies Street....

Ni duk belek color maroon sebab member mama nak kirim bli abaya,katanya nak maroon utk tema raya..Mama tolong la tinjau2 kan color maroon...Yang ni yg murah skit..Adesss murah2 pn sr100 lbih koooo...Sebab kain nya material bagus juga..Bila basuh,kain dia xberbulu ..Tapi dia nk kirim $$$ kalo mama tolong blikan..Huuuu bagusla..kalo nk dahulukan,susah ler skit..Mama da der bnyk list mnunggu utk 'tolong' beli...




Tertawan mama ngan corak abaya ataih ni..Mula mula mama da belek2..Xsangka lak Kak Nik pn berkenan..Kak Nik amik dua elai sama corak cam nih...Selai lg utk ibunya...Syomelll kan?I like laa...Color Pink tu...




Ni gaun2 mak mak arb pakai tau..Kat sini memang banyak tul pakaian/gaun macam nih..Memang la kat sini wanita arab berpurdah tetapi kalo diaorg kt umh,diaorg berfesyen tau...n diaorg pakai baju baju camnih kalo gi function...Tapi yerlah,kat sini kalo diaorg der function,seperate...Pompuan with pompuan jerk..Aurat tetap jaga maaaaaaaaaaaa.....Bukan mama mereka cerita,tapi mama sendiri dengar cerita ada antara kakak2 yg duk Jubail nih,diaorg pnah attend majlis Mak2 Arb..Ada yg pakai cam gini...Cantik kan baju2 nih...Kalo kita org melayu kebiasaan nya pakai baju gini utk potong cake kawin jer..tapi xsmua la kan..Adalah sebahagian yg buat majlis potong cake n utk khas photograpy..Tapi rasanya org mlayu kita kadang der pakai coat luar sbab rasa segan tang nak dedah dada tu..kan?kan?Tapi majlis kawin mama dulu,ada potong cake tapi pakai baju kawin tu jer,xda baju kmbang khas utk potong kek..hihi





Tengok tengok kain pasang kat sini..Memang cantik cantik n material dia pun bagus2..Banyak yg tak panas kalo pakai..Kain nya lmbut..Harga??? mmm yg mama dgar tdi ada yg sr35-45 semeter..Kak Nik and Shara yg duk tinjau tinjau..Mama nya kain pasang da bli utk hari raya nih...Mama bli kt kdai lain n lbih murah la dr kedai nih...Kedai nih cotton yg paling murah sr2o semeter





Banyak kan perfume2 jual kt kdai nih..Sbnornya memang Banyak Giler Arr kdai2 kt Arab yg mnjual perfume..Macam macam jnis ada,dr UK,US dll..Termasuk la kluaran Arb sndiri..Mama pn da konpius yg mana kdai jual yg ori yg mana kdai yg jual tiruan..Dah kalo da bnyk sangat org jual perfume,msti ada yg tiruan kan (Pada pndapat mama la)..Tapi kan,harap2 la yg abh bli kt mama slama nih yg ori yer..hihi..Dulu tiap kali abah balik cuti Mesia,abah akn bwk blk perfume ke mama..Bila mama tgk harga,cam ori nya harga..Tapi wallahualam la kalo der kdai yg tipu abah kn..huhu..Mamapun bukan reti tgk mana perfume ori yg mana bukan..Kalau yg jual kt pasar malam tu mama tau la bukan ori..Tambah lak badan botol tu nmpk buruk n lain macam..hihi





Kat Arb nih,memang bnyk la bnda2 camnih





Memula kedai ni la kami masuk..hihi sbnornya bukan nk carik alat make up or perfume pun,kami nak tumpang teduh n tumpang ekon sbab entah camner la arini lewat lak kdai kdai kt Ladies Street ni bukak..Biasa kalo mama gi trip ke sini ngan compound Jawharah,turun jer van dalam 8.30am kdai kdai beransur buka..Agaknya sebab cuaca makin panas,kdai kdai bukak lewat lak..Kul 9 lbih skit baru kdai kdai beransur buka..huhu





Pusing pusing dalam kedai make up n perfume



Nampak tak tulisan SALE tu,aaaaa...memang der sale pun,baju sr45 jadik sr35..Yang sr55 jadik sr40..Macam2 la percent sales..campur2..Kena rajin belek,barulah leh dapat baju yg cantik n harga berbaloi...





Kedai ni la mama selalu masuk kalo g Ladies Street kalo der trip..Tadi uncle India (muslim) tu tegur mama..haha dia pun da knal muka mama..Tapi knal knal pun,xdalah dapat special price ker apa..Bukan kdai uncle tu pun,tu kedai Pak Arb,uncle tu juz pkerja jer kn?huhu..Tadi uncle pun tnya bila nk balik holiday Mesia..Mama pun bgtau kalo mama ni balik,balik trus la..'Back For Good' kata orang..huhu cedey arr.. sob sob (T_T)





Tulisan tu bukan 10 utk 10 Riyal yer..Itu tulisan jawi..SR15 tu tau..hihihi...Baju tido sr15,murah kan..ia macam jubah (labuh) then kain pun lmbut,memang sedap pakai...Skang mama ada 3elai da..Mama rasa,cukupla takat 3jer mama ada..Hari hari mama pakai utk tido..





Ni roll alas2 meja yg terdapat kt Big World..Mama suka alas meja segi empat panjang tu tapi xnampak kat gambo nih,dia roll area yg bawah n tpi dinding,mama tgk cik Fieza kita punyer alas meja lah mula mula tu..Cik Fieza la yg bgtau dia bli kt Big World nih..Senang ajer nk bli,ukuran da siap,kita just tarik cam tu jer..Ia da ready ikut ukuran meja makan yg krusinya 4 tu..Ada harga sr20,sr32 n sr48..Mama amik yg sr20 ngan sr32...Yg sr48 cam mahal sgt lak..hihi...Mama skang ada 2helai jer..alhamdulillah cukup lah tu..Mama cadang nk bwk blik Mesia..nnti maybe bli lg meja makan krusi 4..





Ni da nak alik umh masing masing da..Tgh tunggu van nih..Kul 12pm janji ngan driver van dtg amik..Anak anak suma letih n panas,tapi takperla,blaja susah skit.hihi..ari ari pun da duk dalam ekon kn.. :p