Ahad, 1 Ogos 2010

masak masak

Jom masak sup ekor...Nk mkn kt kdai pun mahai skit...Kali ni sajalah mncuba and bole mkn satu family..hehehe...Cubalah!



Sup ekor

bahan bahan:

ekor lmbu
3biji bwg besar (dikisar)
3biji bwg besar (potong 6)
4 ulas bwg putih (dikisar)
3inci halia (dikisar)
3btg serai (dikisar)
3 biji ubi kntang
2btg carrot
sedikit bunga lawang,pelaga,dan cengkih
satu sudu ketumbar
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit garam dan lada putih
sedikit daun bawang

tambahan
lada kecil (utk yg suka pedas,)
tomato (sup ekor memang sedap masam2 sedikit)
daun limau purut (wangikan sup)

cara cara:

rebus ekor lmbu sehingga lmbut (saya rebus 4-5jam)
tumis bawang besar,putih,halia dan serai..bersama bunga lawang,pelaga dan bunga cengkih
masuk jintan manis,putih dan ketumbar
masukkan ekor lmbu bersama air rebusan,biar hingga mndidih
selepas itu masukkan garam dan serbuk lada putih
akhir skali,masuk carrot,ubi kntang dan daun bawang,lada kecil,tomato,bwg besar potong dan daun limau purut...Masak sehingga kntang empuk..
siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan