Isnin, 9 Ogos 2010

Selamat Myambut Puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Sabda Rasulullah saw.:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Doa JIBRIL kpd ALLAH Taala "Ya ALLAH, abaikan puasa umat MUHAMMAD jika sblm RAMADHAN, dia:1 - x memohon maaf dgn ibu bapanya 2 - x bermaafan suami isteri 3 - x bermaafan dgn org sekelilingnya dikesempatan ini,saya memohon kemaafan andaikata terdapat kesilapan n kesalahan yg tlah sy lakukan..Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK semua



Tiada ulasan:

Catat Ulasan